Make your own free website on Tripod.com

KOLEJ TUNKU KURSHIAH
SEREMBAN

                                                                                                    Rujukan kami: Bil (12) dlm.KTK08/01/01
                                                                                                    Tarikh: 24.5.2001

YANG BERBAHAGIA

TUN / TAN SRI / PUAN SRI / DATO’ / DATIN / TUAN / PUAN,

MEMOHON TAJAAN MEJA /BUKU CENDERAMATA /DERMA IKHLAS MAJLIS PELANCARAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR-PELAJAR KOLEJ TUNKU KURSHIAH OLEH YAB. DATUK SERI DR.MAHATHIR MOHAMED

Saya dengan segala hormatnya ingin menarik perhatian Yang Berbahagia Tun/ Tan Sri / Puan Sri / Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan, berhubung dengan perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak Kolej Tunku Kurshiah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru KTK akan mengadakan satu jamuan makan malam seperti berikut:

                    Tarikh : 29 Julai 2001 (Ahad)
                    Tempat : Hotel Hilton, Seremban
                    Masa : 8.00 malam

Tetamu Kehormat :YAB. Perdana Menteri Malaysia dan Isteri. 3. Untuk pengetahuan Yang Berbahagia Tun/ Tan Sri/ Puan Sri / Dato’/ Tuan/ Puan, Tabung Kebajikan ini diwujudkan selaras dengan gabungan usaha PIBG Kolej Tunku Kurshiah dan KTK untuk mewujudkan suatu prasarana yang sesuai dengan perkembangan pendidikan semasa. Walaupun Kolej terpilih sebagai sebuah Sekolah Bestari namun banyak lagi yang perlu dilakukan untuk memantapkan kemudahan yang ada. Lebih-lebih lagi kami berhasrat untuk menjadikan KTK sebagai Pusat Kecemerlangan bukan sahaja dalam bidang kurikulum bahkan kokurikulum.

4. Oleh yang demikian, pihak KTK dan PIBG KTK mengambil pendekatan dengan mengadakan majlis tersebut untuk mendapatkan sumber kewangan secara efektif dan seterusnya menguruskan hal-hal kebajikan pelajar dengan berkesan dan penuh tanggungjawab.

5. Saya ingin memohon jasa baik Yang Berbahagia Tun/ Tan Sri/ Puan Sri / Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan untuk memberikan sokongan dalam bentuk Tajaan Buku Cenderamata ,Tajaan Meja atau Sumbangan Ikhlas. Segala urusan tersebut perlu berhubung dengan Bendahari Majlis Pelancaran Tabung Kebajikan Pelajar-Pelajar KTK dengan menggunakan borang jawapan seperti yang dilampiran sebelum 7 hb Julai 2001.

7. Semua sumbangan akan dikecualikan cukai di bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 kerana sumbangan ini merupakan derma kepada kerajaan. Rujukan No. LHDNO1/35/42/51/179-7.

8. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala kerjasama dan sokongan Yang Berbahagia Tun / Tan Sri/ Puan Sri / Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan yang sudi membantu menjayakan majlis ini.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

……………………………..

(PN. ROKIAH HJ. ALIAS)
Pengetua
Kolej Tunku Kurshiah
Seremban. NSDK.





Bendahari
Majlis Pelancaran Tabung Kebajikan Pelajar-Pelajar KTK
Kolej Tunku Kurshiah,
70400 Seremban,
Tel : 06-7625351 Fax : 06-7619906

Puan,

TAJAAN MEJA/BUKU CENDERAMATA /SUMBANGAN IKHLAS MAJLIS PELANCARAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR-PELAJAR KOLEJ TUNKU KURSHIAH OLEH YAB DATUK SERI DR.MAHATHIR MOHAMED

Surat puan No. Ruj: Bil. ( ) KTK ………………. yang bertarikh 14 MEI 2001 adalah dirujuk.

Saya ………………………………………………………. bersetuju untuk menyumbang seperti berikut:

(1) TAJAAN BUKU CENDERAMATA sila tanda x

  1. Muka depan warna - RM 10, 000.00              ( )
  2. Muka belakang warna - RM 8,000.00             ( )
  3. Muka depan dalam warna - RM 8,000.00       ( )
  4. Muka belakang dalam warna - RM 5,000.00   ( )
  5. Satu muka penuh warna - RM 3,000.00           ( )
  6. Satu muka penuh hitam - RM 2,000.00            ( )
  7. Setengah muka warna - RM 1,500.00              ( )
  8. Setengah muka hitam putih - RM 1,000.00       ( )
2. TAJAAN MEJA     a) Meja VVIP RM 50 000                       ( )
    b) Meja VIP RM 30 000                          ( )
    c) Meja baris 3 RM 10 000                      ( )
    d) Meja baris 4 RM 5 000                        ( )
    e) Meja baris 5 dan seterusnya RM 3 000 ( )
    f) Meja baris biasa RM 1 000                   ( ) Dato’ Seri Dr.Siti Hasmah Mohd Ali/YAB Menteri Besar NS (3) SUMBANGAN IKHLAS SEBANYAK RM …………………….

Bersama ini disertakan cek bernombor …………………sebanyak RM ……………. untuk menjayakan Majlis Pelancaran Tabung Kebajikan Pelajar Kolej Tunku Kurshiah.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………………………..
(                                             )

Cop Institusi:

Sumbangan hendaklah dibuat atas nama
TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR KTK
Dan sampai sebelum 7 Julai 2001


Kejohanan Akhir Golf AMAL TKC 2001