Sejarah Kolej Tunku Kurshiah

Idea untuk menubuhkan sekolah inggeris perempuan telah dicadangkan pada tahun 1939 dan ianya telah mendapat sambutan yang baik daripada Ketua Pentadbir Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu. Sekolah ini dijadualkan dibuka pada tahun 1942, berdasarkan garis panduan penubuhan Kolej Melayu Kuala Kangsar pada masa itu. Malangnya, penubuhan tersebut terpaksa ditangguhkan kerana tercetusnya Perang Dunia Ke-2.

Maktab Perempuan Melayu atau lebih dikenali sebagai Malay Girl's College (MGC), terletak di 2 1/2m Jalan Damansara, Kuala Lumpur, menerima kemasukkan kumpulan pertama seramai empat puluh satu orang pelajar perempuan pada 16 Oktober 1947. Ia telah dibuka dengan rasminya oleh Lady Gent, isteri kepada Sir Edward Gent, iaitu Gabenor Persekutuan Melayu dengan izin Almarhum Sultan Hishamudin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Alaidin Sulaiman Shah dan Tengku Ampuan Selangor. Pengetua pada masa itu ialah Miss Key dan dibantu oleh dua orang guru iaitu Miss A.M Doughty dan Cik Fatimah binti Haji Ahmad.

Kolej ini mempunyai menempatkan asrama dan dua kelas yang mana dikenali sebagai Kelas X (junior) dan Kelas Y (senior). Bangunan baru telah ditambah pada tahun 1950 dan 1954 bagi meningkatkan keselesaan di kalangan para pelajar.

Pada bulan April, kolej tersebut telah berpindah ke kawasan seluas 22 ekar di Bukit Merbah, Negeri Sembilan. Berikutan dengan perpindahan tersebut, nama Maktab Perempuan Melayu telah ditukar kepada Kolej Tunku Kurshiah (Tunku Kurshiah College). Pembukaannya telah dirasmikan oleh Almarhum Tunku Munawir ibni Almarhum Tunku Abdul Rahman iaitu Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan pada 24 Mei 1963.



| Mula | Guru | Pelajar | PIBG | OGA | Bestari | Falsafah | Misi | Visi | Pelawat |