Ucapan Pengetua

Rokiah bt Hj Alias

Rakaman ucapan setinggi-tinggi tahniah kerana telah berjaya membina laman web ini berkat usaha dan penggembelingan tenaga yang padu dari semua.

Sebagai sebuah institusi pendidikan Kolej Tunku Kurshiah telah, sedang dan akan mengutamakan kecemerlangan dalam segala aspek Kita bersyukur ke hadrat Ilahi di atas segala kejayaan yang telah dicapai setakat ini, namun demikian kita harus berusaha dengan lebih giat untuk meningkatkannya di samping menyedari hakikat bahawa "there is no limit to excellence". Dalam konteks ini kita hendaklah mempunyai objek yang jelas supaya dapatlah kita mengatur strategi-strategi yang berkesan untuk mencapainya.

Kolej juga adalah sebuah sekolah yang mempunyai tradisi dan suasana istimewa yang dapat membentuk peribadi seseorang pelajar itu sebaik-baiknya. Segala kemudahan yang tersedia hendaklah digunakan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar sekalian semoga terbukti
KECEMERLANGAN TERAS KEJAYAAN anda.

Terima kasih.



| Mula | Guru | Pelajar | PIBG | OGA | Bestari | Falsafah | Misi | Visi | Pelawat |