[Tabs]

[KTK Welcome Page]

TUNKU KURSHIAH COLLEGE
Co-Curriculum

Well Done TKC!

1. KEPUTUSAN SPM - Kolej Tunku Kurshiah telah mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaan SPM 1999 yang lepas. Seramai 19 pelajar KTK telah mendapat keputusan 10 A1. KTK juga menjadi sekolah yang mendapat keputusan SPM terbaik di antara sekolah-sekolah di Malaysia.

2. KTK JUARA KUIZ SAINS NASIONAL

Pada 15 Julai 1999, Maryam Afaf, Nadia dan Nur Alyna telah berjaya menjuarai Kuiz Sains Nasional 1999. Hadiah berupa piala Pusingan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, cek bernilai RM2000 kepada sekolah, sijil penyertaan dan lawatan sambil belajar ke Sweden telah disampaikan oleh Duta Sweden dan Yang Berbahagia Datuk Dr. Abdul Aziz b. S.A. Kadir

3. LAWATAN KE SWEDEN DAN DENMARK- Pada 5 Disember 1999 yang lalu, tiga pelajar tingkatan 4 KTK iaitu Raiha Hasni Mohd Hanaffi, Siti Hasmah Baharom dan Aina Salwa Kassim telah berangkat ke Sweden. Meraka menggantikan tempat Maryam Afaf, Nadia dan Nur Alyna yang sedang menduduki peperiksaan SPM. Mereka telah diiringi oleh Pn. Hawa Basiran. Mereka telah berpeluang menghadiri upacara rasmi Majlis Penyampaian Hadiah Nobel di di Grand Auditorium Stockholm.
(Sebagai ganti, Maryam Afaf, Nadia dan Nur Alyna juga diberi peluang lawatan ke luar negeri selepas menduduki peperiksaan SPM).



TKC BAND


BASKETBALL TEAM


| Welcome | What's New | Launch | History | Principal | Academic | Philosophy |
| PTA | OGA | Guestbook | WebChat | Teachers | Students | Activities | Aerial View |